Sunday, 29 November 2015

Thursday, 19 November 2015

HEBAHAN SLC

KULIAH MAGHRIB

Hari : JUMAAT , 8 Safar 1437h, 20 Nov 2015




Sunday, 13 September 2015

HEBAHAN SLC

KELAS TAFSIR ALQURAN
Hari : AHAD , 13 Sept 2015 MALAM INI
Masa : Lepas Solat Magrib

IN SYA ALLAH


Tuesday, 1 September 2015


Borang Pendaftaran Anak Kariah Taman Putra Perdana boleh di dapati di Surau La Cottage

atau boleh muat turun dari pautan berikut:

https://drive.google.com/open?id=0B-6fTn2jxnR-RFdXbzNRLXRYMm8

Borang yang telah dilengkapkan boleh di beri kepada Pihak AJK SLC  bagi membantu mendapatkan

Perakuan Pengesahan anak Kariah dan diserahkan kepada yang berkenaan

Insya Allah

Antara Tujuan Pendaftaran Anak Kariah adalah untuk melayakkan anak kariah mencalonkan, mencadang 

atau dicalonkan sebagai Pegawai atau Anggota Jawatankuasa Masjid atau Surau.
 


Monday, 31 August 2015

SOLAT SUBUH.
Azam untuk esok hari.
1- Bangun solat Subuh pada waktunya.
Jundab bin Abdullah radiallahu 'anhu berkata: Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam bersabda:
مَنْ صَلَّى الصُّبْحَ فَهُوَ فِي ذِمَّةِ اللَّهِ
Sesiapa yang mendirikan solat Subuh, maka dia berada di bawah perlindungan Allah. [Sahih Muslim, Kitab al-Masajid wa Mawadhi' as-Solat, hadis no: 1381]
2- Solat Subuh berjemaah.
مَنْ شَهِدَ الْعِشَاءَ فِي جَمَاعَةٍ كَانَ لَهُ قِيَامُ نِصْفِ لَيْلَةٍ ، وَمَنْ صَلَّى الْعِشَاءَ وَالْفَجْرَ فِي جَمَاعَةٍ كَانَ لَهُ كَقِيَامِ لَيْلَةٍ
Sesiapa yang hadir solat ‘Isya’ berjemaah, baginya (pahala) qiamullail selama separuh malam. Sesiapa yang solat ‘Isya’ dan Subuh secara berjemaah, baginya (pahala) qiamullail seluruh malam.
[Sunan at-Tirmizi, Kitab as-Solat, hadis no: 205, hasan sahih]
3- Solat sunat 2 rakaat sebelum solat fardhu Subuh
'Aisyah radiallahu 'anha meriwayatkan Nabi sallallahu 'alaihi wasallam bersabda:
رَكْعَتَا الْفَجْرِ ، خَيْرٌ مِنَ الدُّنْيَا وَمَا فِيهَا
Dua rakaat fajar (iaitu solat sunat qabliyah Subuh) lebih baik daripada dunia dan isinya.
[Sahih Muslim, Kitab Solat al-Musafirin, hadis no: 1199]

Sunday, 30 August 2015

Korban dan Akikah 1436H



Pihak Pengurusan Surau membuka kepada Ahli Kariah yang berhasrat melakukan ibadah korban dan akikah di Surau La Cottage. Jika  berminat boleh hubungi Tn Bendahari En Ahmad Fahmi 0192775432

Sumbangan Khairat Kematian

Baru-baru ini pihak SLC telah menyampaikan sumbangan khairat kematian kepada 2 orang penduduk La Cottage.

1- Cik Liza dari Jalan PP14
2- Encik Amir dari Jalan PP15

SLC mengucapkan terima kasih kepada para penyumbang. Moga Allah terima amalan kalian.

Saturday, 11 July 2015

Kempen - Carilah Laylat Al-Qadar

Dalam Sahih Bukhari, dalam Kitab Kelebihan Laylat al-Qadar, Imam Al-Bukhari meriwayatkan sepotong hadis yang pendek ini.

عَنْ عَائِشَةَ ـ رضى الله عنها ـ عَنِ النَّبِيِّ صلى الله عليه وسلم قَالَ ‏ "‏ الْتَمِسُوا ‏"‏‏.‏

Dari 'Aisyah radliallahu 'anha dari Nabi shallallahu 'alaihi wasallam: "Carilah". (Sahih al-Bukhari 2019)

Maka, marilah kita mencarinya.

Thursday, 2 July 2015

Kisah Manusia Yang Diuji Dengan Ikan

Kisah Manusia Yang Diuji Dengan Ikan

Mereka menjadi kera kerana tidak mengendahkan nasihat. Si penasihat terselamat kerana memberi nasihat. Maka, jika ingin selamat, berilah nasihat dan dengarlah nasihat.

Surah Al-A'raf: 163-166

وَاسْأَلْهُمْ عَنِ الْقَرْيَةِ الَّتِي كَانَتْ حَاضِرَةَ الْبَحْرِ إِذْ يَعْدُونَ فِي السَّبْتِ إِذْ تَأْتِيهِمْ حِيتَانُهُمْ يَوْمَ سَبْتِهِمْ شُرَّعًا وَيَوْمَ لَا يَسْبِتُونَ ۙ لَا تَأْتِيهِمْ ۚ كَذَٰلِكَ نَبْلُوهُمْ بِمَا كَانُوا يَفْسُقُونَ

Dan bertanyalah kepada mereka (wahai Muhammad) mengenai (penduduk) bandar yang letaknya di tepi laut, semasa mereka melanggar larangan pada hari Sabtu, ketika datang kepada mereka pada hari Sabtu itu ikan-ikan (yang menjadi cubaan kepada) mereka, yang kelihatan timbul di muka air; sedang pada hari-hari lain, ikan-ikan itu tidak pula datang kepada mereka. Demikianlah kami menguji mereka (dengan cubaan itu) kerana mereka sentiasa berlaku fasik.

وَإِذْ قَالَتْ أُمَّةٌ مِنْهُمْ لِمَ تَعِظُونَ قَوْمًا ۙ اللَّهُ مُهْلِكُهُمْ أَوْ مُعَذِّبُهُمْ عَذَابًا شَدِيدًا ۖ قَالُوا مَعْذِرَةً إِلَىٰ رَبِّكُمْ وَلَعَلَّهُمْ يَتَّقُونَ

Dan (ingatlah) ketika segolongan di antara mereka berkata: "Mengapa kamu menasihati kaum yang Allah akan membinasakan mereka atau mengazabkan mereka dengan azab yang amat berat?" Orang-orang (yang memberi nasihat) itu menjawab: "(Nasihat itu ialah) untuk melepaskan diri dari bersalah kepada Tuhan kamu, dan supaya mereka bertaqwa".

فَلَمَّا نَسُوا مَا ذُكِّرُوا بِهِ أَنْجَيْنَا الَّذِينَ يَنْهَوْنَ عَنِ السُّوءِ وَأَخَذْنَا الَّذِينَ ظَلَمُوا بِعَذَابٍ بَئِيسٍ بِمَا كَانُوا يَفْسُقُونَ

Maka ketika mereka melupakan (tidak menghiraukan) apa yang telah diperingatkan kepada mereka, Kami selamatkan orang-orang yang melarang daripada perbuatan jahat itu, dan Kami timpakan orang-orang yang zalim dengan azab seksa yang amat berat, disebabkan mereka berlaku fasik (derhaka).

فَلَمَّا عَتَوْا عَنْ مَا نُهُوا عَنْهُ قُلْنَا لَهُمْ كُونُوا قِرَدَةً خَاسِئِينَ

Maka setelah mereka berlaku sombong takbur (tidak mengambil indah) kepada apa yang telah dilarang mereka melakukannya, Kami katakan kepada mereka: "Jadilah kamu kera yang hina".

Siri Tadabbur Quran SLC | http://suraulacottage.blogspot.com

Kisah Masyarakat Gay Yang Dibinasakan Tuhan

Dalam surah Hud, ada cerita kaum Nabi Lut yang degil. Nabi Lut telah menasihati mereka tetapi meraka degil dan tak percaya dengan kata baginda. Akhirnya, Allah binasakan mereka.

Surah Hud:77-83

وَلَمَّا جَاءَتْ رُسُلُنَا لُوطًا سِيءَ بِهِمْ وَضَاقَ بِهِمْ ذَرْعًا وَقَالَ هَٰذَا يَوْمٌ عَصِيبٌ

Dan apabila datang utusan-utusan Kami kepada Nabi Lut ia merasa dukacita dengan kedatangan mereka, dan merasa tidak terdaya untuk mengawal mereka (dari gangguan kaumnya), sambil berkata: "Ini adalah hari yang amat mencemaskan".

وَجَاءَهُ قَوْمُهُ يُهْرَعُونَ إِلَيْهِ وَمِنْ قَبْلُ كَانُوا يَعْمَلُونَ السَّيِّئَاتِ ۚ قَالَ يَا قَوْمِ هَٰؤُلَاءِ بَنَاتِي هُنَّ أَطْهَرُ لَكُمْ ۖ فَاتَّقُوا اللَّهَ وَلَا تُخْزُونِ فِي ضَيْفِي ۖ أَلَيْسَ مِنْكُمْ رَجُلٌ رَشِيدٌ

Dan kaumnya pun datang meluru kepadanya (dengan tujuan hendak mengganggu tetamunya), sedang mereka sebelum itu sudah biasa melakukan kejahatan. Nabi Lut berkata: "Wahai kaumku! Di sini ada anak-anak perempuanku mereka lebih suci bagi kamu (maka berkahwinlah dengan mereka). Oleh itu takutlah kamu kepada Allah, dan janganlah kamu memberi malu kepadaku mengenai tetamu-tetamuku. Tidakkah ada di antara kamu seorang lelaki yang bijak berakal (yang dapat memberi nasihat)?"

قَالُوا لَقَدْ عَلِمْتَ مَا لَنَا فِي بَنَاتِكَ مِنْ حَقٍّ وَإِنَّكَ لَتَعْلَمُ مَا نُرِيدُ

Mereka menjawab: "Sesungguhnya engkau telahpun mengetahui bahawa kami tidak ada sebarang hajat kepada anak-anak perempuanmu, dan sebenarnya engkau sedia mengetahui akan apa yang kami kehendaki."

قَالَ لَوْ أَنَّ لِي بِكُمْ قُوَّةً أَوْ آوِي إِلَىٰ رُكْنٍ شَدِيدٍ

Nabi Lut berkata: "Kalaulah aku ada kekuatan untuk menentang kamu, atau aku dapat bertumpu ke sesuatu tempat bertahan yang kuat (dari penyokong-penyokong, tentulah aku akan membinasakan kamu)".

قَالُوا يَا لُوطُ إِنَّا رُسُلُ رَبِّكَ لَنْ يَصِلُوا إِلَيْكَ ۖ فَأَسْرِ بِأَهْلِكَ بِقِطْعٍ مِنَ اللَّيْلِ وَلَا يَلْتَفِتْ مِنْكُمْ أَحَدٌ إِلَّا امْرَأَتَكَ ۖ إِنَّهُ مُصِيبُهَا مَا أَصَابَهُمْ ۚ إِنَّ مَوْعِدَهُمُ الصُّبْحُ ۚ أَلَيْسَ الصُّبْحُ بِقَرِيبٍ

(Mendengarkan yang demikian tetamunya berkata: "Wahai Lut! Sesungguhnya kami (adalah malaikat) utusan Tuhanmu. Kaum engkau yang jahat itu tidak sekali-kali akan dapat melakukan kepadamu (sebarang bencana). Oleh itu, pergilah berundur dari sini bersama-sama dengan keluargamu pada tengah malam, dan janganlah seorangpun di antara kamu menoleh ke belakang. Kecuali isterimu, sesungguhnya ia akan ditimpa azab yang akan menimpa mereka (kerana ia memihak kepada mereka). Sesungguhnya masa yang dijanjikan untuk menimpakan azab kepada mereka ialah waktu subuh; bukankah waktu subuh itu sudah dekat?"

فَلَمَّا جَاءَ أَمْرُنَا جَعَلْنَا عَالِيَهَا سَافِلَهَا وَأَمْطَرْنَا عَلَيْهَا حِجَارَةً مِنْ سِجِّيلٍ مَنْضُودٍ

Maka apabila datang (masa perlaksanaan) perintah Kami, Kami jadikan negeri kaum Lut itu diterbalikkan (tertimbus segala yang ada di muka buminya) dan kami menghujaninya dengan batu-batu dari tanah yang dibakar, menimpanya bertalu-talu.

مُسَوَّمَةً عِنْدَ رَبِّكَ ۖ وَمَا هِيَ مِنَ الظَّالِمِينَ بِبَعِيدٍ

Batu-batu itu ditandakan di sisi Tuhanmu (untuk membinasakan mereka), dan Ia pula tidaklah jauh dari orang-orang yang zalim itu.

Siri Tadabbur Quran SLC

Kenapa kita perlu tahu tentang Bahasa Al-Quran?

Di awal surah Yusuf, Allah memberitahu kita bahawa Bahasa Al-Quran adalah Bahasa Arab. Kenapa agaknya? Adakah ia penting untuk kita tahu? Kenapa pencipta kita mahu kita tahu tentang hal ini? Fikirkan.

Surah Yusuf:1-2

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ الر ۚ تِلْكَ آيَاتُ الْكِتَابِ الْمُبِينِ

Alif, Laam, Raa'. Ini ialah ayat-ayat Kitab Al-Quran yang menyatakan kebenaran.

إِنَّا أَنْزَلْنَاهُ قُرْآنًا عَرَبِيًّا لَعَلَّكُمْ تَعْقِلُونَ

Sesungguhnya Kami menurunkan kitab itu sebagai Quran yang dibaca dengan bahasa Arab, supaya kamu (menggunakan akal untuk) memahaminya.

Siri Tadabbur Quran SLC

Thursday, 28 May 2015

Orang-Orang Soleh yang Pernah Dijadikan Berhala

وَقَالُوا لَا تَذَرُنَّ آلِهَتَكُمْ وَلَا تَذَرُنَّ وَدًّا وَلَا سُوَاعًا وَلَا يَغُوثَ وَيَعُوقَ وَنَسْرًا (نوح:23)

"Dan (ketua-ketua) mereka (menghasut dengan) berkata: `Jangan kamu meninggalkan (penyembahan) tuhan-tuhan kamu, terutama (penyembahan) Wadd, dan Suwaa', dan Yaghuth, dan Ya'uuq, serta Nasr. (Nuh:23)
 Siapakah mereka yang disebutkan dalam ayat di atas?
  • Wadd
  • Suwaa'
  • Yaghuth 
  • Ya'uuq
Dalam tafsir Qurtuby, Tobary dan Ibn Kathir, ada dijelaskan bahawa nama-nama yang disebutkan itu adalah asalnya nama orang-orang yang soleh pada zaman Nabi Nuh. Apabila mereka meninggal dunia, Syaitan mencadangkan agar dibuat patung/ukiran sebagai memorial. Apabila generasi pembuatnya meninggal dunia, maka hilanglah maklumat tentang perkara tersebut. Pada generasi seterusnya, iblis membisikkan bahawa dahulu patung/ukiran tersebut disembah lalu mereka menyembahnya. Inilah ringkasan maklumat dari tafsir-tafsir yang disebutkan di atas. 
 
Dalam satu riwayat dari Sahih Al-Bukhari, Ibnu Abbas menjelaskan,
 
أَسْمَاءُ رِجَالٍ صَالِحِينَ مِنْ قَوْمِ نُوحٍ ، فَلَمَّا هَلَكُوا أَوْحَى الشَّيْطَانُ إِلَى قَوْمِهِمْ أَنِ انْصِبُوا إِلَى مَجَالِسِهِمُ الَّتِى كَانُوا يَجْلِسُونَ أَنْصَابًا، وَسَمُّوهَا بِأَسْمَائِهِمْ فَفَعَلُوا فَلَمْ تُعْبَدْ حَتَّى إِذَا هَلَكَ أُولَئِكَ وَتَنَسَّخَ الْعِلْمُ عُبِدَتْ
Mereka adalah nama-nama orang soleh di kalangan kaum Nuh. Ketika mereka meninggal dunia, syaitan membisikkan kaumnya untuk membuat patung di tempat-tempat peribadatan orang soleh itu. Dan memberi nama patung itu dengan nama orang soleh tersebut. Merekapun melakukannya. Namun patung itu tidak disembah. Ketika generasi (pembuat patung) ini meninggal dunia, dan pengetahuan tentang patung ini mulai kabur, akhirnya patung ini disembah. (HR. Bukhari, 4920).

Dari hal ini, kita pelajari bahawa, kita perlu berpada-pada dalam menghormati, mentaati, mencintai dan mengagungkan manusia. Jangan sampai berlebih-lebihan. Begitu juga, kita mesti berwaspada dengan tipudaya Iblis yang boleh memperdaya kita melalui kejahilan diri kita.

Kita mohon agar Allah memelihara kita dari terpedaya oleh tipudaya syaitan. Ameen.

Thursday, 26 February 2015

Cukupkanlah

Cukupkanlah

Manusia boleh memberi sesuatu untuk membantu. Tetapi yang memberikan kecukupan hanyalah Allah ta'ala.

Abu Wa'il berkata: Seorang (hamba) lelaki datang kepada Ali radhiyallahu anhu. Lalu, (hamba) lelaki ini berkata: Bantulah aku untuk menyelesaikan bayaran mukatabah (supaya tuannya membebaskannya).

Ali radhiyallahu anhu berkata: Mahukah aku ajarkan engkau beberapa perkataan yang diajarkan oleh Rasulullah shallallahu alaihi wa sallam kepadaku; jika engkau mempunyai hutang seperti Bukit Shabiir pasti Allah akan menyelesaikannya bagi pihakmu? Katakanlah:

آللَّهُمَّ اكْفِنِي بِحَلَالِكَ عَنْ حَرَامِكَ،

وَأَغْنِنِي بِفَضْلِكَ عَمَّنْ سِوَاَكَ

"Ya Allah, CUKUPKANLAH aku dengan yang HALAL daripada-Mu tanpa perlu kepada yang haram. KAYAKANLAH aku dengan KURNIAAN-MU tanpa perlu kepada selain-Mu." [Sunan At-Tirmizi 5/560 (3563), katanya:Hasan Gharib, Al-Mustadrak 1/538]

Berdoalah dengan doa ini. Terutamanya orang yang mempunyai kesempitan wang, hutang atau seumpamanya.

Semoga Allah cukupkan kita dengan yang halal dan kayakanlah kita dengan kurniaan-Nya.

Nukilan ARAR.
Madinah Munawwarah
26/2/2015

Monday, 16 February 2015

Maktabah SLC: Shahih Tafsir Ibnu Katsir

Judul: Shahih Tafsir Ibnu Katsir
Penulis: Team Ahli Tafsir di bawah pengawasan Syaikh Shafiyyurrahman al-Mubarakfuri
Jumlah Muka/Surat: 9 jilid
Penerbit: Pustaka Ibnu Katsir, Jakarta
Tentang buku:
Buku ini adalah ringkasan kepada Tafsir Ibnu Katsir, sebuah kitab tafsir yang menjadi salah satu rujukan utama dalam pengajian Quran.

Cara ia diringkaskan ialah dengan cara antaranya membuangkan riwayat-riwayat yang lemah dan kisah-kisah israiliyat kemudian ianya digantikan dengan pemberian judul yang sesuai bagi setiap perbahasan. Pemberian judul ini memudahkan pembacaan.

Selain itu, pihak pustaka Ibnu Katsir juga telah berusaha meletakkan nombor hadis serta sumber asalnya, seperti yang telah dinyatakan dalam Pengantar Penerbit buku ini.

Sunday, 15 February 2015

Paper Shredder

Hebahan SLC
(26 R/Akhir 1436H/15 Februari 2015)

Paper Shredder untuk kegunaan muslimin La Cottage

Alhamdulillah pihak Surau La Cottage (SLC) telah membeli sebuah mesin untuk melupuskan helaian/kertas yang ada tulisan Allah dan tulisan lain yang perlu kita muliakan.

Ianya adalah untuk kegunaan seluruh muslimin, jadi silalah hubungi pihak surau jika tuan/puan ingin menggunakannya.

Contoh helaian/kertas termasuk:
1- Kertas ujian sekolah agama
2- Majalah lama
3- Buku sekolah subjek Agama Islam
4- Buku Iqra lama
5- Dan sebagainya...

Sila berhubung dengan Abdullatef 013-3886161 untuk panduan menggunakannya

Tuesday, 20 January 2015

Maktabah SLC: Subjects of Quran

Judul Buku: Subjects of Qur'an
Penulis: Zahid Malik
Penerbit: Kitab Bhavan, India
Tahun terbitan: 1988
Muka surat: 895 m/s
Kandungan: Buku ini mengandungi indeks kepada subjek-subjek yang terdapat dalam Qur'an dalam Bahasa Inggeris. Dalam muqaddimahnya, penulis menceritakan tentang sebab kepada penulisan buku ini, di mana ia adalah satu usaha beliau untuk memahami Qur'an. Subjek-subjek disusun berdasarkan urutan abjad dan di bawah setiap subjek dinyatakan terjemahan ayat-ayat berkaitan dengan subjek. In sha Allah buku ini berguna kepada kita dalam usaha memahami Qur'an.


Saturday, 17 January 2015

Maktabah SLC: Panduan Nama-Nama Indah untuk Anak... Sesuai dengan Kaidah Syar'i

Judul Buku: Panduan Nama-Nama Indah untuk Anak... Sesuai dengan Kaidah Syar'i
Penulis: Abu Muhammad Ibnu Shalih bin Hasbullah
Muka surat: 64 m/s, saiz poket
Kandungan: Buku ini dimulakan dengan sedikit perbahasan berkaitan nama dan selebihnya, lebih kurang 80% isinya adalah senarai nama yang terpilih.