Thursday, 26 February 2015

Cukupkanlah

Cukupkanlah

Manusia boleh memberi sesuatu untuk membantu. Tetapi yang memberikan kecukupan hanyalah Allah ta'ala.

Abu Wa'il berkata: Seorang (hamba) lelaki datang kepada Ali radhiyallahu anhu. Lalu, (hamba) lelaki ini berkata: Bantulah aku untuk menyelesaikan bayaran mukatabah (supaya tuannya membebaskannya).

Ali radhiyallahu anhu berkata: Mahukah aku ajarkan engkau beberapa perkataan yang diajarkan oleh Rasulullah shallallahu alaihi wa sallam kepadaku; jika engkau mempunyai hutang seperti Bukit Shabiir pasti Allah akan menyelesaikannya bagi pihakmu? Katakanlah:

آللَّهُمَّ اكْفِنِي بِحَلَالِكَ عَنْ حَرَامِكَ،

وَأَغْنِنِي بِفَضْلِكَ عَمَّنْ سِوَاَكَ

"Ya Allah, CUKUPKANLAH aku dengan yang HALAL daripada-Mu tanpa perlu kepada yang haram. KAYAKANLAH aku dengan KURNIAAN-MU tanpa perlu kepada selain-Mu." [Sunan At-Tirmizi 5/560 (3563), katanya:Hasan Gharib, Al-Mustadrak 1/538]

Berdoalah dengan doa ini. Terutamanya orang yang mempunyai kesempitan wang, hutang atau seumpamanya.

Semoga Allah cukupkan kita dengan yang halal dan kayakanlah kita dengan kurniaan-Nya.

Nukilan ARAR.
Madinah Munawwarah
26/2/2015

Monday, 16 February 2015

Maktabah SLC: Shahih Tafsir Ibnu Katsir

Judul: Shahih Tafsir Ibnu Katsir
Penulis: Team Ahli Tafsir di bawah pengawasan Syaikh Shafiyyurrahman al-Mubarakfuri
Jumlah Muka/Surat: 9 jilid
Penerbit: Pustaka Ibnu Katsir, Jakarta
Tentang buku:
Buku ini adalah ringkasan kepada Tafsir Ibnu Katsir, sebuah kitab tafsir yang menjadi salah satu rujukan utama dalam pengajian Quran.

Cara ia diringkaskan ialah dengan cara antaranya membuangkan riwayat-riwayat yang lemah dan kisah-kisah israiliyat kemudian ianya digantikan dengan pemberian judul yang sesuai bagi setiap perbahasan. Pemberian judul ini memudahkan pembacaan.

Selain itu, pihak pustaka Ibnu Katsir juga telah berusaha meletakkan nombor hadis serta sumber asalnya, seperti yang telah dinyatakan dalam Pengantar Penerbit buku ini.

Sunday, 15 February 2015

Paper Shredder

Hebahan SLC
(26 R/Akhir 1436H/15 Februari 2015)

Paper Shredder untuk kegunaan muslimin La Cottage

Alhamdulillah pihak Surau La Cottage (SLC) telah membeli sebuah mesin untuk melupuskan helaian/kertas yang ada tulisan Allah dan tulisan lain yang perlu kita muliakan.

Ianya adalah untuk kegunaan seluruh muslimin, jadi silalah hubungi pihak surau jika tuan/puan ingin menggunakannya.

Contoh helaian/kertas termasuk:
1- Kertas ujian sekolah agama
2- Majalah lama
3- Buku sekolah subjek Agama Islam
4- Buku Iqra lama
5- Dan sebagainya...

Sila berhubung dengan Abdullatef 013-3886161 untuk panduan menggunakannya