وَقَالُوا لَا تَذَرُنَّ آلِهَتَكُمْ وَلَا تَذَرُنَّ وَدًّا وَلَا سُوَاعًا وَلَا يَغُوثَ وَيَعُوقَ وَنَسْرًا (نوح:23)
"Dan (ketua-ketua) mereka (menghasut dengan) berkata: `Jangan kamu meninggalkan (penyembahan) tuhan-tuhan kamu, terutama (penyembahan) Wadd, dan Suwaa', dan Yaghuth, dan Ya'uuq, serta Nasr. (Nuh:23)
Siapakah mereka yang disebutkan dalam ayat di atas?
- Wadd
- Suwaa'
- Yaghuth
- Ya'uuq
Dalam
tafsir Qurtuby, Tobary dan Ibn Kathir, ada dijelaskan bahawa nama-nama yang disebutkan itu
adalah asalnya nama orang-orang yang soleh pada zaman Nabi Nuh. Apabila mereka meninggal
dunia, Syaitan mencadangkan agar dibuat patung/ukiran sebagai memorial.
Apabila generasi pembuatnya meninggal dunia, maka hilanglah maklumat
tentang perkara tersebut. Pada generasi seterusnya, iblis membisikkan
bahawa dahulu patung/ukiran tersebut disembah lalu mereka menyembahnya.
Inilah ringkasan maklumat dari tafsir-tafsir yang disebutkan di atas.
Dalam satu riwayat dari Sahih Al-Bukhari, Ibnu Abbas menjelaskan,
أَسْمَاءُ رِجَالٍ صَالِحِينَ مِنْ قَوْمِ نُوحٍ ،
فَلَمَّا هَلَكُوا أَوْحَى الشَّيْطَانُ إِلَى قَوْمِهِمْ أَنِ انْصِبُوا
إِلَى مَجَالِسِهِمُ الَّتِى كَانُوا يَجْلِسُونَ أَنْصَابًا، وَسَمُّوهَا
بِأَسْمَائِهِمْ فَفَعَلُوا فَلَمْ تُعْبَدْ حَتَّى إِذَا هَلَكَ
أُولَئِكَ وَتَنَسَّخَ الْعِلْمُ عُبِدَتْ
Dari hal ini, kita pelajari bahawa, kita perlu berpada-pada dalam menghormati, mentaati, mencintai dan mengagungkan manusia. Jangan sampai berlebih-lebihan. Begitu juga, kita mesti berwaspada dengan tipudaya Iblis yang boleh memperdaya kita melalui kejahilan diri kita.
Kita mohon agar Allah memelihara kita dari terpedaya oleh tipudaya syaitan. Ameen.